Tuesday, December 20, 2011

hidup pasal pilihan

Assalamualaikum and hey peeps~ hari ni, let's talk about 'choice'. yela, you know what you want right? so you know what is your choice and what you want to choose, am i right? *berbelit lidah aku bace ayat sendiri*

ok, korang pernah berada dalam situasi, kena pilih apa yang terbaik untuk korang? bukan untuk jangka masa pendek, tapi panjaaaang. dalam erti kata lain masa depan la tu. mesti semua pernah kan? even kat kedai makan pun kena pilih apa kita nak makan ngan minum, yela, kang tersilap buat pilihan tak habis, membazir namenye. point dia, membazir duit kau beli makanan yang kau tak habis makan tu sebab tak suka pun act. da confuse sangat nak makan apa, terpaksa lah pilih ape-ape je kan. at the end of the day, bile fikir-fikir balik duit tadi kalau beli kfc pun lagi best . itu contoh jela.*tak paham sila buat-buat tak paham*


then, ape yang aku nak share ni pun mende yang same la macam atas. tapi bukan bab makanan, sebab aku tak pernah menyesal lepas beli makanan ape-ape pun, sebab aku boleh telan sume tolak yang haram. hehe. ok. hidup aku dari kecik kena buat pilihan. dari sekecik-kecik benda, ke sebesar-besar alam punya benda.
alah, korang takkan tak pernah, time tadika-tadika ngan sekolah rendah dulu, mesti kene buat choice, nak kawan dengan sape, nak masuk geng sape. yela, time sekolah rendah kan ade geng-geng, kalau yang comel-comel tu mesti geng pengawas+glamer, cikgu-cikgu pun sayang je. tapi kalau yang comot(macam aku) pastu tak ade jawatan plak tu, memang bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun tak pandang. itu kisah sekolah rendah yang penuh dengan pilih kasih fullstop *emo*.


pastu, first time yang aku ingat aku kena buat choice yang agak memberi kesan untuk masa depan aku time lepas pmr. yela, time lepas pmr, ade je yang buat-buat busy nak pindah sekolah, nak gi sekolah yang lebih baik katenye. jadi aku pun tergolong dalam kelompok yang sama sebab konon result gempak la jugak time tu, nak ikut la jejak langkah senior-senior yang gi sbp ke mrsm ke. malangnye, both aku tak dapat. frust woooo time tu. tapi takpe, aku pun buat pilihan nak masuk sbp jugak tp yang negeri terengganu punye, aku sekolah asrama negeri je -_- . tapi sebenarnya, aku tak nak sangat pun masuk situ, mesti sebab aku tak matang lagi berfikir masa tu kot, yela, kalau time aku tu sape yang dok sekolah asrama penuh je macam hebat. so aku nak la kan dapat pujian macam tu , sangat mengarut. tu yang tahan jugak 2 tahun kat situ sampai habis spm. tapi aku dah nampak hikmah di sebalik aku PILIH APA YANG AKU TAK BERAPA NAK PUN SEBENARNYA tu. sekarang aku dah tersadai kat ump, ambik civil engineering, alhamdulillah. at least, i'm engineer-to-be, cite-cite aku masa sekolah rendah. tak sangka aku betul-betul dah hampir ke arah itu sekarang.

time kem mase form 5 -_-

then, lepas spm. kena buat pilihan lagi. siapa yang kenal dan siapa yang baca entry-entry terdahulu aku walaupun hakikat dia aku tau, entry-entry aku tak best kan,*rolling eyes*...mesti dah tahu.aku sangat sangat sangat mahu menjadi seorang JURUTERBANG WANITA. betul serious, time lepas spm tu aku mintak tolong ramai akak-akak yang dah jadi cadet pilot time tu lead aku camne nak apply for pilot course tu. camne nak pilih the best flying school sume tula. bla bla bla.... aku terlepas interview. bla bla bla...aku dapat tawaran ambik diploma farmasi kt ipts. erm, kene fikir baik-baik. tak kot. tapi aku still memikirkan, nak ambik pilot course jugak. aku dah separuh jiwa melayang kat awan tu. tapi sebab time tu ayah aku pergi umrah, so tak tahu nak discuss dengan sape pasal ni elok-elok, sampaikan aku tido tak lena, makan tak kenyang, kalau mandi tetap basah la kan. aku tak kalis air.  macam tu la keadaan aku bila nak buat sesuatu pilihan. sangat susah sebenarnya buat plihan kan kan kan ? then, finally aku pilih masuk matrik. habiskan setahun kat situ.

rindu giler matrik !

but then, cinta aku kat kapal terbang tak habis kat situ, aku tetap simpan niat nak masuk jugak flying school bila dah habis matrik. yeah, aku tahu apa aku nak, time tu lah. beriye-iye..... sampai lah aku dengan yakinnya lepas matrik tu, mintak tolong sket-sket ngan kawan aku itu ini, then aku pergi interview cadet pilot Terengganu tu jugak. sangat nerves tahap ape pun aku tak tahu, pastu memang seriously,aku sangat rindu situasi masa nak interview tu. dah la msa tengah tunggu nk diinterview ,ade satu flight MAS landing kat airport tu. fullllaaaamaaaaak aiiih ! bunyi die buat aku nak menari mcam jagger. haha. over . yang paling penting, straight away macam tu je aku dapat result lulus masuk KISTAA masa interview tu. iye, mungkin ade yang akan kate, alah, ade duit boleh la masuk. flying school nak duit je. ahhhhh ! persetankan ayat itu sekarang. hati lain-lain bro. care pikir pun lain-lain. lagi best bila the whole family pun support aku.yela, kalau tak family kite, sape lagi yang rajin nak support kite kan.but then, gembira takat tu jela aihhh. sehari lepas tu aku da dapat offer letter dari kistaa suruh uruskan prosedur masuk sane ape sume. tapi...aku kena tunggu result upu dulu. aku still kena buat pilihan. owh! aku paling benci saat tu . dalam minggu yang sama tu, aku cek upu, aku dapat kos civil ni kat ump. owh,memang la gembira jugak time tu, tapi dalam hati gelap mendung dah. kena pikir mana terbaik untuk masa depan. sampai nanges-nanges wooooooo ! nanges sebab finally terpaksa pilih civil atas sebab-sebab tertentu. pastu sekarang macam ade riak-riak penyesalan. tak baik tak baik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau raudzah!

mengimbau kenangan~

then, yang paling latest. aku suka kamera slr ! sangat! dah lama aku berkira-kira nak beli yang Canon EOS1100D yang warne merah tu! nak sangat sangat sangat !!! omg. tapi tetibe hari tu time beli, aku beli yang laen. . ade ke patut macam tu. ade ke? harga padahal sama je. owh! aku suka menyesal lepas dah beli. aku tak tahu kenapa aku macam tu.yang aku beli tu one of slr type jugak, tapi size dia lebih compact, pastu macam senang lah sikit kau nak bawak gi mana-mana,letak dalam beg kan. tapi kualiti gambar tetap tiptop..macam D3100 jugak aih. itulah dia Lumix-Gf3. kalau boys tak suka kot yang macam ni, sebab dia kecik pastu main touch-touch screen bagai. nanti kejap je jahanam kalau lelaki guna. teehee~ jangan marah.




conclusion : aku suke pilih yang kedudukan dia dalam list hati aku yang no.2...tapi yang penting aku takkan pilih yang no.1.....kenape raudzah?kenape? aku tak boleh nak jawab soalan ni -_-


2 comments: