Thursday, August 18, 2011

keranamu serai

keranamu serai , aku terkantoi ! kehkehkeh .

time masak untuk berbuka tadi,sume turun padang masak sebab hari ni selangor cuti sempena Nuzul Quran. so,abang aku pun cuti . anak-anak sedare aku pun cuti jugak. so, sume buat-buat sibuk je kat dapur.  tapi bukan tu ceritanya.


ini ceritanya,
*
*
*





sebab ramai sangat kat dapur yang memasak hari ni,sampai maid pun macam boleh rehat plak. huhu. pastu,alkisahnye, nak buat ikan siakap steam, nak prepare bahan-bahan die ape sume. abang aku suruh aku keluarkan serai dari peti ,then potong yang tak perlu then tumbuk-tumbuk sket kasi leper . betul ke istilah aku tu? ape-ape jelah. pastu aku dengan konfidennye potong bahagian bawah serai yang agak keras tu. act aku konpius part mane yang nak gune nanti. tapi aku diamkan je.


then,dengan gaye yang sangat konfiden tahap dewa,aku pun tumbuk la yang bahagian atas tu,dengan harapan memang part tu nak gune. tumbuk punye tumbuk, aku pun bawak ke meja. bangga la ni sebab ade jugak sumbangan aku petang tadi. last-last aku tengok abang aku ambik bahagian bawah serai yang keras tu. ooo emmm kayyy ! pastu sume dah gelakkan aku,abang aku siap tanye lagi,pernah masak ke tak ni. wahahaha . jatuh saham den depan anak-anak sedare. fine fine. selama ni aku masak ok, tapi tak gune serai ! jawapan tu aku bagi kat abang aku. hoho .


p/S : kalau tak tahu sile tanye ye kawan-kawan. jangan jadi macam aku . hiks . aku malu bertanya. hiks.

2 comments:

  1. malu bertanya sesat jalan..eheehe..serai pun xpernah guna..cmne nak kawin nie..hehehee

    ReplyDelete
  2. ahaks . xpenah agi msk yg kne ade serai,huhu. kne2 maren ade la plok. kantoi !

    ReplyDelete