Thursday, September 20, 2012

andai itu takdirnya

Assalamualaikum and hey peeps ~

Nah ! Tajuk entry macam tajuk novel dah kan. Saje pinjam tajuk sebab kering idea nak buat tajuk sendiri. huhu.

oh ye. masuk hari ni, dah almost 2 weeks aku masuk semester 3 untuk tahun 2. Oh ! tahun 2 dah hokay. rase macam baru je lagi aku bangun pagi-pagi sebelum subuh turun pergi roll-call time minggu induksi siswa a.k.a orientasi. *ayat common la ni kalau nak describe kenangan lampau*. kalau tanye bebudak yang satu batch dengan aku, konfem-konfem semua ingat melekat lagi ayat "lambat dan lembab adalah satu kesalahan". the famous amos words mase minggu orientasi by the abang fasilitator fullstop.

eh jap. act, entry ni bukan nak cerita pasal kenangan minggu orientasi. tapi kejadian yang tidak di ingini telah menimpa diri yang tak ersalah ni. eh ? setakat hari ni, dah dua kejadian aku tempuh. nah,

kejadian pertama

semalam beria-ria nak pegi jemaah kat masjid time isyak. tapi sebelum pegi sempat melantak dulu sebab lapar yang amat. habis je makan, orang dekat masjid terus azan. cepat-cepat ambik wudhuk, pakai tudung, cari beg lagi nak letak telekung. lari-lari *konon* pergi masjid. mule-mule macam konfiden orang tak solat lagi sebab senyap je, mungkin tengah solat sunat semua tu *husnozon*. sekali sampai dalam masjid orang dah tahiyat akhir. erkkk -.- 

jangan kan kate jadi makmum masbuq, last-last solat sendirian jugak . huhu. moral of the story kalau ade niat yang baik tu disegerakanlah yer :')


kejadian kedua

petang tadi habis kelas awal. pukul 3 dah habis sebab lecturer bagi kelonggaran untuk siapkan assignment beliau. so sebab aku macam konfiden dah siap dan puas hati dengan hasil kerja tu, aku ajak member pegi library, niat pun baik. nak cari buku buat rujukan. sekali bile dah scan kad matrik, time aku nak masuk je terus auto-gate yg bersumberkan plastik jenis keras dan mungkin tahan lasak tu tertutup. tersenyap aku sambil menahan kebisaan pertembungan antara gate plastik *act aku tak tahu nama saintifik die* dengan tulang pinggang aku. fuhhhhhh ! pak cik pustakawan 3 orang kat kaunter semua buat muka tahan sakit *macam ngeri sangat kejadian yang menimpa aku kan* mane tak nye bunyi kuat giler sampai pak cik tu tanye aku kena tulang ke sebab bunyi tadi kuat sangat. ok, malu. but then,  aku scan lagi sekali kad matrik, terus masuk laju-laju pegi kat member aku. pastu lari kat belakang rak-rak buku gelak sakan! hilang sakit sebab aku rase malu plus plus macam lawak pun hade! sekali bila gelak dah reda, one of the pak cik dari kaunter tu datang bagi aku kertas warna kuning dengan pen biru sebatang. hah! kau tau die suruh aku buat ape? die suruh aku tulis aduan dan cadangan sebab dah ramai yang tersepit macam aku tadi. ape punye malang ah nasib aku sejak-sejak masuk tahun 2 nih  -.- 

2 comments:

  1. laaaa tu ke yang andai itu takdirnya tuu. ingatkan nape laaa. haha

    haa part yang husnozon tu aku sukeeee..

    ReplyDelete
  2. HAHA. mg xrase ke kisoh aku ni sadis ? XD

    ReplyDelete