Assalamualaikum and hye peeps :D
So, let us proceed with the story of Japan Airlines and our hotel in Tokyo (walaupun gambar tak cukup dan masih stuck dalam tab KESAYANGAN, so aku letak jelah dulu mana2 yang ada). eh sedihhhh :'| k.
macam yang aku dah cerita dalam first entry pasal program ni, kami semua pergi Jepun by Japan Airlines, JL724 dari KLIA to Narita Airport. (ehh tekanan pulak nak cerita pasal kapal terbang tapi takleh tunjuk tiket flight sobss). ehhh fitri, kalau kau bace post ni tolong lah attach gambar tiket flight dekat chat fb. pesanan ikhlas penaja. eh*
|
giler tak gigih ambik gambar guna webcam eh sedihhhh haha |
okay, kembali ke topik asal. flight dari KLIA haritu take off dalam pukul 11 lebih macam tu tak silap aku. dah lupa dah. hehe. tapi yang aku ingat cuaca masa tu baru lepas hujan lebat sekali dengan ribut. tapi sebelum fly tu cuaca dah ok and sepanjang perjalanan lepas tu pun smooth je, takde bumpy2 sangat pun. nice gilerrrrr flight dia baqhang! dalam flight ni ada sedia bantal, selimut, in flight entertainment (yang ada movie, lagu, game, info pasal flight), headphone anddd tu lah antara yang aku ingat. eh tak lupa meals dia pun best2. tu yang penting. hiho. andddd actually tulah first time aku naik flight lebih dari sejam hoho. perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo lebih kurang 6 jam setengah tak silap aku. walaupun flight malam, tapi aku tetap tak boleh tidur. so sepanjang perjalanan tu aku dok layan je in flight movie lah dengar lagu korea lah eh*. sampai lah tiba- tiba eh dah terlelap kejap lepastu dapat supper. tak silap aku supper dia tu salmon's sandwich. sampai hari ni aku teringat-ingat rasa dia yang oishiiii tu. *oishii = sedap = delicious*
|
siap layan lagu CNBlue dalam patobang hoho |
lepas dah makan sume aku sambung layan movie sambil kejap2 terlelap tak sampai 5 minit sigh*. flight lain aku tak tahulah kan, tapi JAL ni kita boleh tengok bape lama lagi flight kita nak sampai destinasi, flight kita kat mana dah time tu, local time pukul berapa. macam tu lah lebih kurang. so, selain tengok movie, aku sebenarnya lagi banyak dok tenung info2 tu sume. haha. bak kata orang tranung, darat ulu boh! k.
lepas tu dalam pukul 4 lebih macam tu aku tengok kat luar tingkap tu, subhanallah! the view just so amazing sebab matahari dah nak naik. giler tak ternganga budak ni tengok view macam tu dari dalam flight. eh biasalah first timer. haha. makin lama makin cantik makin cantik dan makin cantik! aku gamble je bateri kamera yang tak bawak charger tu dok ambik gambar view kat luar. view yang cantik tu buatkan aku tak sedar kitorang dah nak sampai. yeayyy! tengok2 dekat skrin tu dah 1 jam lebih lagi perjalanan.tak silap aku dalam pukul 5 macam tu lah kan kitorang dapat breakfast masing2 dah. terkejut perut aku pukul 5 pagi waktu Jepun, 4 pagi waktu Malaysia tiba2 breakfast. haha. tapi sebab breakfast dia oishii lagi makan jangan tak makan. dan masa tu jugak matahari dah naik, so nampak lah awan- awan yang macam kapas tu (sambil2 suap breakfast, sambil2 menikmati view luar gituuuu) . eh, tengok awan kat luar macam nak berguling- guling je kat situ aku rase. amazing oitttt! memang lah view tu dah biasa tengok, tapi mungkin sebab dah excited nak landing lagi, excited 1st time tengok sunrise dari dalam flight lagi, dan segala bagai excited lain la kan jadinya gembira bukan kepalang lah waktu tu (dan 100% lupa sebenarnya hari tu dah hari2 seterusnya nanti aku tinggal kelas haha).
then dalam pukul 6.45 a.m.(waktu Jepun) macam tu we were approaching NRT! makin lama makin rendah dan rendah dan rendah dan touch down! part ni paling best. nice giler landing captain JL724 tu! ok sampai situ jer. nanti aku terbukak cerita pasal cita2 dan impian pulak kang kat sini. ni pun tak best, sebab takde gambar masa kat NRT nak tunjuk. eh sedihhhh lagi. takpe2. nanti tab dah sihat, insya Allah, aku main attach je gambar kat sini lagi sekali. teheeee~ oh ye, ingat lagi masa mula2 keluar dari flight, tiba2 rasa macam sejuk giler and memasing confuse, sejuk aircond ke sejuk cuaca luar. haha.
next. dah sampai NRT, lepas imigresen semua bagai, kitorang pun gerak pergi Hotel Emion Tokyo Bay around Chiba and about 1 hour from Narita Airport. yang paling aku ingat, masa on the way tu, bebudak ni nampak pokok bunga sakura yang tengah ada bunga lagi kat tepi2 jalan tu, and everyone is like, wehhh bunga sakura! aku yang nak tidur sebab tak cukup tidur ni pun terjaga balik. haha. well, first timer kan :P
so about 1 hour later, kitorang pun sampai hotel. dapat roomate, nombor bilik semua, terus check in. wahhhh hilang penat masuk hotel. masuk2 terus ambik2 gambar bilik dari toilet ke katil ke view kat bawah. nice giler sebab dapat bilik yang dapat tengok view yang best! eh tak tahu lah macam mana nak describe, but everything just seems so nice, so good, and almost perfect! mungkin sebab excited. haha. tapi ni nak sedih jugak sebab takde gambar dekat tulisan hotel tu kat luar hotel. k. so tu jelah kot yang aku boleh share pasal JAL dengan Hotel Emion Tokyo Bay ni. tapi rasa macam cerita lari tajuk pulak hoho. mungkin gambar2 je sebenanrya mampu menyatakan indahnya perasaan dapat peluang ni. serius.
|
ni yang PALING PERLU kena tunjuk k. |
|
nampak SkyTree Tower kottt walaupun agak hazy :3 |
|
from level 12 |
|
tadaaaaaaa! roomates dekat Tokyo. hehe.
UMP.UKM.UM
raudzah . lyka . iqa
credit gambar ni untuk iqa. hehe :) |
|
ehhh* haha :D |
so ni jelah yang aku boleh update untuk setakat ni dengan kemampuan gambar yang ada. arigato gozaimasu kepada kawan2 yang menjadi supportive dengan bertanya bila nak sambung cerita. haha. *kau ingat kau retis yer rauzah kbye*.
arigato gozaimasu. sayonara. dewa, mata.
translation: terima kasih banyak2, selamat tinggal, jumpa lagi.
( di translate daripada buku 'Nihongo Kaiwacho', buku yang dapat mase kat Jepun :3 )